PENGEMBARAAN KAMI KE KAMPUNG TELOK MELANO, LUNDU, SEMATAN, SARAWAK, MALAYSIA
PERJALANAN DARI 22.08.2014 HINGGA 24.08.2014 3 HARI 2 MALAM
Perjalanan / Kos / Masa / Jarak
Kampung Telok Melano, merupakan kampung yang kedua paling jauh di kawasan Negeri Sarawak. Kampung ini adalah berdekatan dengan sempadan Indonesia dan Borneo.Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit. Pengangkutan utama adalah pengangkutan air iaitu menggunakan speed boat, kapal mahupun perahu sederhana besar untuk kesana. Kelajuan dan ketepatan masa adalah bergantung kepada keadaan cuaca dan keadaan laut bergelora. (Digalakkan untuk membawa beg plastik untuk memastikan mabuk laut dapat di buang dalam beg tersebut).
Kos perjalanan ke kampung tersebut adalah dengan kadar kos RM 20 hingga RM 50 untuk 1 trip. Kalau trip pergi balik dalam RM 40 hingga RM 100 seorang. Memang agak membebankan juga jika untuk day trip ke kampung tersebut. Sebab itu kami galakkan anda untuk kesana dengan bermalam. Di Kampung Telok Melano, disana ada disediakan homestay yang lebih diketengahkan seperti Homestay bersama dengan Family Angkat. Konsep seperti ini melihat mereka seperti lebih ramah dan mesra rakyat dan mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung dengan pelawat.
Homestay tersebut adalah homestay yang sudah didaftar dengan pihak pelancongan dan mereka mempunyai buku daftar dan rekod setiap orang yang bermalam di rumah tersebut. Dari pengalaman harga homestay adalah RM 60 untuk seorang bagi semalam. Untuk makluman pembaca semua, RM 60 itu adalah kiraan untuk Makan Tengah Hari, Makan Malam, Sarapan Pagi dan Makan Tengah Hari. Wah berbaloikan RM 60 itu untuk makan sampai 4 kali? Memang berbaloi sekali. Malah RM 60 itu termasuk dengan tidur semalam. Memang memuaskan hati.
Bagi kaki pancing, mahupun kaki kamera, memang kami galakkan kamu kesini untuk mengambil gambar keindahan kawasan tersebut. Malah keadaan suasan yang tenang, kebersihan laut biru, malah keperibadian kampung tersebut sememangnya baik dan memuaskan hati.
Suasana di kampung tersebut sememangnya segar, bersih dan tenang. Di sini kita melupakan segala masalah di kawasan bandar mahupun luar bandar. Ketenangan yang diberikan memang yang terbaik. Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat Allah berikan sementara.
Baiklah sampai sini sahaja dulu penceritaan saya kepada kamu semua. Jika kelapangan saya nanti saya akan menceritakan lagi.
Salam sayang daripada sang perantau
No comments:
Post a Comment